AMPANG: Seorang pekerja penunda kenderaan ditahan kerana disyaki memukul dua anak dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang suri rumah berusia 37 tahun, pada Rabu lalu.
"Mangsa mendakwa berselisih faham dengan suaminya semasa berada di rumah pada jam 11.45 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Azam berkata, wanita itu meminta pasport miliknya dan anak mereka daripada suami selain bertanya kasut milik siapa yang berada di pejabat suaminya itu.
"Lelaki itu berang lalu terus menumbuk muka anak perempuan berusia 11 tahun sebanyak dua kali.
"Sebelum kejadian itu, suaminya didakwa pernah menampar muka anak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggalkan kesan lebam, malah pengadu turut diugut kerana mahu membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis telah menahan suspek di sebuah premis di Kampung Ampang Indah di sini, pada 6.45 petang, Jumaat.
"Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan air kencing," katanya.
Mohd Azam berkata, dua anak mangsa kini menerima rawatan di Hospital Ampang dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati anak perempuan mengalami kecederaan lebam di pipi kiri manakala anak lelaki mengalami kecederaan pada mata.
"Suspek direman tujuh hari bermula semalam (Sabtu) sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Sepasukan anggota polis telah menahan suspek di sebuah premis di Kampung Ampang Indah di sini, pada 6.45 petang, Jumaat. - Gambar hiasan
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.
Penganggur dipenjara cederakan isteri
Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.
Warga emas mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan kayu
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan memukul isteri dengan kayu, Ahad lalu.
Pencuci kereta tidak mengaku salah pukul isteri
Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan memukul isterinya, bulan lalu.
Lelaki pukul isteri dipenjara 12 bulan, denda RM1,000
Lelaki pukul isteri dipenjara 12 bulan, denda RM1,000
Penarik kereta ditahan ugut isteri, tampar, tumbuk muka anak
Seorang pekerja penunda kenderaan ditahan kerana disyaki memukul dua anak dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, pada Jumaat.
Lelaki didakwa cedera isteri dengan kayu golf, baton besi
Seorang pekerja pengemas penginapan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.
Buruh tidak mengaku rogol, liwat tiga anak
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya.
Ahli politik pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
Bukhori dan MY sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah.
Tak serik pukul isteri, lelaki dihadap ke mahkamah lagi
Seorang lelaki yang tidak serik-serik memukul isterinya sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas kesalahan sama.